loader image

TH Properties-MRCB bangunkan Kota Semarak

KUALA LUMPUR, 15 Januari- TH Properties mengembangkan lagi portfolio hartanahnya menerusi pembinaan Kota Semarak, yang dilengkapi teknologi hijau di Kuala Lumpur, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.1 bilion.

Pembangunan tersebut hasil usaha sama dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) melalui perkongsian 70:30 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH Properties Azman Ibrahim berkata, “kami menyasarkan harga awal sekitar RM650 satu kaki persegi. Ia agak rendah berbanding pembangunan aras tinggi seumpamanya di kawasan ini. Kami yakin mampu menjual 50% untuk fasa satu tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah dan pemeteraian Memorandum Persefahaman Kota Semarak dengan panel pembiaya akhir di sini.

Fasa satu melibatkan 1,226 unit pangsapuri perkhidmatan, dengan 100 unit diperuntukkan kepada projek Residensi Wilayah (RUMAWIP) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Projek di tapak berkeluasan 27 ekar di Jalan Sultan Yahya Petra itu, dijangka siap sepenuhnya menjelang 2027.

Source: https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/55345-th-properties-mrcb-bangunkan-kota-semarak

How can we help you?

From industrial parks to building dream homes, our prowess in a diverse set of businesses is what truly drives us forward.