loader image

Penyasaran subsidi diesel tak jejas TH Properties

Kota Semarak dibangunkan oleh syarikat usaha sama TH Prop dan MRCB

PETALING JAYA – TH Properties Sdn. Bhd. optimis bahawa perniagaannya tidak terjejas daripada langkah rasionalisasi subsidi diesel yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, ia yakin dapat terus mempertahankan margin keuntungan memandangkan TH Properties dan kontraktor yang dilantik mereka mendapatkan diesel tanpa subsidi pada kadar komersial untuk operasi, yang tidak dipengaruhi oleh subsidi kerajaan.

“Pendekatan ini mengurangkan pergantungan kepada bahan api bersubsidi dan melindungi syarikat daripada turun naik dalam dasar subsidi.

“TH Properties memuji langkah proaktif kerajaan untuk mengoptimumkan pengagihan subsidi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Tambah kenyataan tersebut, sebagai sebahagian daripada Lembaga Tabung Haji, syarikat komited untuk menyokong inisiatif yang meningkatkan pembangunan negara dan yakin bahawa mekanisme rasionalisasi subsidi tidak akan memberi kesan buruk kepada operasi syarikat sebagai pemaju hartanah.

“Syarikat kekal berdedikasi untuk menyokong dasar kerajaan yang memupuk kestabilan ekonomi dan pertumbuhan, mengesahkan komitmennya terhadap matlamat pembangunan negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

SUmber: Kosmo

How can we help you?

From industrial parks to building dream homes, our prowess in a diverse set of businesses is what truly drives us forward.