loader image

59 INC BANGUNKAN KOTA SEMARAK DENGAN NILAI RM3.1 BILION

PETALING JAYA – Kota Semarak, sebuah pembangunan bercampur bertingkat tinggi dengan teknologi hijau bakal merancakkan lagi sektor hartanah di lokasi strategik di Kuala Lumpur dengan menawarkan pelbagai pilihan kediaman termasuk projek perumahan mampu milik iaitu Projek Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip).

Projek yang dibangunkan di Jalan Sultan Yahya Petra atau lebih dikenali dengan Jalan Semarak itu akan menjalani tiga fasa pembinaan dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM3.1 bilion.

Hartanah tersebut akan dimajukan oleh syarikat usaha sama antara TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties) dengan penguasaan ekuiti sebanyak 70 peratus manakala bakinya oleh Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB)  untuk membangunkan 59 Inc. Sdn. Bhd. (59 Inc).

Pengarah 59 Inc dan juta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH Properties, Azman Ibrahim berkata, projek hartanah tersebut terdiri daripada komponen pangsapuri perkhidmatan, pejabat kedai dan pusat beli-belah.

Source: https://www.buletinfm.audio/59-inc-bangunkan-kota-semarak-dengan-nilai-rm3-1-bilion/

How can we help you?

From industrial parks to building dream homes, our prowess in a diverse set of businesses is what truly drives us forward.