News & Events

News Clipping

KENYATAAN TH PROPERTIES SDN. BHD. TENTANG ISU VIDEO

25 Dec 2020
                                                                                                                                                                                       

SIARAN AKHBAR

___________________________________________________________________________________________________________

KENYATAAN TH PROPERTIES SDN. BHD. TENTANG ISU VIDEO


KUALA LUMPUR, 25 Disember 2020 – TH Properties Sdn. Bhd. mengambil maklum isu tular sebuah video yang memaparkan perbincangan mesyuarat dalaman pengurusan syarikat ini.

TH Properties kesal dengan pengambilan dan penyebaran video mesyuarat yang hanya melibatkan kakitangan pengurusan terpilih ini kerana jelas bertentangan dengan polisi syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Damanhuri Mahmod telah mengeluarkan permohonan maaf atas video tular tersebut.

“Perlakuan saya tidak mencerminkan nilai syarikat dan saya mohon maaf. Kami akan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih positif untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni bagi warga TH Properties,” katanya.

TAMAT

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
TH Properties Sdn. Bhd.